MENU

PENGAGIHAN BANTUAN RM1OO KEPADA PELAJAR

Sekolah telah mengagihkan Bantuan RM100.00 kepada pelajar-pelajar pada 23hb Januari 2013. Pengagihan wang tersebut telah berjalan dengan lancar. Kehadiran ibu bapa/penjaga juga mencapai kira-kira 98 peratus pada hari pengagihan bantuan tersebut.





MAJLIS PENUTUPAN MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2013

Pada 9hb Januari 2013, Majlis Minggu Haluan Pelajar telah pun ditutup dengan rasminya oleh Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud. Semasa majlis penutupan MHP ini pelajar tingkatan 4 telah diagihkan atau diserahkan kepada Guru Kelas masing mengikut kelas yang telah dipilih oleh pelajar setelah melalui beberapa siri taklimat mengenai mata pelajaran elektif dan juga kerjaya.

Sebanyak dua buah kelas aliran Sains dan lima aliran Sastera/Sains Sosial telah dibuka.






4 Sains Alfa



MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2013


Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada 3-9hb Januari 2013.  Minggu Haluan Pelajar tersebut adalah  program untuk menerangkan mata pelajaran elektif yang ditawarkan disekolah ini sebelum sesi pembelajaran.Selain dari penerangan mata pelajaran dan pakej penawaran mata pelajaran di sekolah ini, ceramah pemnilihan kerjaya, ceramah peraturan dan disiplin sekolah, asrama, warden, dan Kokurikulum juga telah disampaikan oleh guru-guru yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut.








MAJLIS PENGURUSAN SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 4 2013



En. Yusof Harun

En. Sipail Kota

En. Jainol mengemukakan pertanyaan 

Ahli Panel

PK Pentadbiran(Kanan), Pengetua (Tengah) 


Pn. Else Pius Guru Biasiswa

Pada 4hb Januari satu Majlis Pengurusan Sekolah Bersama Ibubapa Pelajar Tingkatan 4 2013 telah diadakan. Majlis ini bertujuan untuk memberi penerangan  kepada ibu bapa mengenai Pensijilan SPM dan Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan di sekolah ini.

Selain dari penerangan tersebut ibubapa juga diberi peluang untuk berdialog dengan pihak pengurusan sekolah. Ibu bapa yang mempunyai kemusykilan telah mengemukakan pertanyaan dan ahli panel yang terdiri dari Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokum, Ketua Guru Disiplin, Guru Biasiswa, Guru SPBT, Warden Asrama dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi jawapan dan penjelasan soalan-soalan ibubapa. Sesi Dialog tersebut telah dipengerusikan oleh En. Abdul Adzid  Haji Abdul Hamid.

BUKU CATATAN


Buku Catatan





Buku Catatan untuk kaki tangan mengajar dan bukan mengajar SMK Arshad Kota Belud Tahun 2013

CUEPACS MAHU KERAJAAN UMUM JADUAL GAJI SECEPAT MUNGKIN

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Cuepacs Sabtu mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap. 
Setiausaha Agung kongres itu Loke Yim Pheng berkata dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
 
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
 
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
 
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
 
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya.
 
-- BERNAMA

SMK ARSHAD

BLOG SEKOLAH YANG RASMI.