MENU

TAHNIAH KEPADA CALON-CALON PMR 2013

Keputusan Peperiksaan PMR 2013 telahpun diumum baru-baru ini. Warga sekolah menucapkan TAHNIAH kepada mereka yang telah mencapai keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha anda untuk mencapai kecemerlangan di peringkat SPM nanti.

PELAJAR CEMERLANG PMR 2013 BERGAMBAR BERSAMA PENGETUA

PELAJAR CEMERLANG PMR 9A

PELAJAR CEMERLANG PMR 8A

PELAJAR CEMERLANG PMR 7A

PELAJAR CEMERLANG PMR 6A

SEMINAR PENGAJIAN AM

Panitia Pengajian  Am SMK Arshad Kota Belud telah menganjurkan satu seminar Mata Pelajaran Pengajian Am peringkat Daerah. Seminar tersebut telah diadakan di dewan SMK Arshad Kota Belud. Empat buah sekolah menengah yang ada Prau telah dijemput untuk menyertai seminar ini namun SMK Narinang tidak dapat menghantar pelajarnya ke seminar tersebut. Sekolah yang telah menyertai seminar tersebut ialah SMK Arshad sebagai penganjur, SMK Usukan, SMK Taun Gusi, dan SMK Pekan.

Penceramah dalam seminar ini ialah OONG BON HOK dari Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu.




PENILAIAN TUGU BUDAYA 2013

Warga sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada Kelab Kebudayaan sekolah (SMARD CULTURE TROUPE) yang telah berjaya layak ke Pertandingan Akhir Tarian Kreatif dan Tradisi (Tugu Budaya 2013) Peringkat Kebangsaan  / International anjuran bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pada tahun ini pertandingan ini disertai oleh beberapa sekolah menengah di sabah, Sekolah Menengah (Seni) dari Johor, SMK Ulu Ubai Sarawak dan dua pasukan sekolah dari Indonesia.  
Pegawai dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sebagai penilai  Tarian di peringkat Daerah

Salah satu part Tarian Kreatif

Salah satu part Tarian Kreatif

Tarian Tradisi

Tarian Tradisi

SAMBUATAN PERAYAAN HARI GURU 2013 PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah telah menyambut Perayaan Hari Guru Tahun pada 17hb Mei 2013 yang lalu. Sambutan tersebut telah dikendalikan oleh Kelab Staf SMARD (KSS) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Antara pengisian sambutan tersebut ialah bacaan Perutusan Hari Guru yang telah dibaca oleh Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud, persembahan Koir, memotong kek hari guru, persembahan pelajar, penghargaan kepada guru, sukaneka dan persahabatan bola sepak.

Pengetua diiringi oleh PK HEM PK Pentadbiran, Pengerusi KSS , Guru-guru dan pelajar menuju ke dewan sekolah

Hajjah Latifah Hj Mustakim Pengetua SMK Arshad membaca perutusan Hari Guru 2013

Pengetua menyiapkan lukisan potretnya sendiri di atas kanvas lukisan sebagai  simbolik sambutan Haru Guru 2013

Pengetua diiringi oleh Guru-guru memotong kek Hari Guru

Sukaneka (Boling menggunakan buah kelapa)

Sukaneka (mengisi air dalam botol menggunakan span)
 
Persahabatan Bola Sepak antara SMARD FC dengan PIASAU FC

Ketua Pelajar atau Pengerusi MPP

Guru-Guru diketuai oleh Pengetua menyampaikan koir Guru Malaysia

Koir Pelajar

Penyampaian Hadiah kepada para peserta sukaneka

PROGRAM PAMERAN PENDIDIKAN 2013




Pada 25 April 2013 Program Pameran Pendidikan 2013 telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Antara tujuan program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 kemahiran menghadiri TEMUDUGA dan penulisan RESUME melalui satu ceramah dari Jabatan Tenaga Kerja Daerah Kota Belud.

Selain daripada itu program ini juga memberi maklumat kepada pelajar bagi halatuju pendidikan selepas SPM dan STPM melalui pameran-pameran dari beberapa IPTS di  Sabah yang datang menyertai program ini.  Sebanyak tujuh IPTS dan satu Jabatan kerajaan telah menyertai program ini iaitu PTPL, MAHSA KOLEJ, MASTERSKILL, KTAR, KOLEJ UNIVERSITI COSMOPOINT, KCC, ASCOT ACADEMY DAN JABATAN TENAGA KERJA . Sebanyak lima buah sekolah menengah di daerah Kota Belud  turut menyertai program ini iaitu  SMK Usukan, SMK Agama Tun Said, SMK Pekan Kota Belud II dan SMK Tambulion dan SMK Arshad sebagai penganjur.

Pihak sekolah merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepda semua yang terlibat menjayakan program ini.

BIASISWA LEPASAN SPM, STPM, MATRIKULASI, DIPLOMA ATAU SETARAF


SENARAI BIASISWA UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM, STPM, MATRIKULASI, DIPLOMA

Untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kan? Mesti ramai yang masih belum pasti tentang biasiswa ini. Kami harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda memilih biasiswa yang paling sesuai untuk anda.

Senarai Biasiswa di Malaysia yang popular ,Spm Stpm

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
3. Biasiswa PETRONAS, Malaysia
4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
5. Biasiswa FELDA, Malaysia
6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
13. Biasiswa Maybank, Malaysia
14. Biasiswa Proton, Malaysia
15. Biasiswa Shell, Malaysia
16. IJM Scholarship
17. Genting Scholarship, GENM
18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
19. Biasiswa Astro
20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Antara Senarai Biasiswa di Malaysia yang lain untuk pelajar Malaysia

  1. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
  2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  3. Biasiswa New Zealand Commonwealth
  4. Biasiswa Singapura
  5. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  6. The UEM Scholarship Programme
  7. Biasiswa Romania
  8. Biasiswa Taylor’s World Class
  9. Biasiswa Astro
  10. Program Penajaan Pendidikan PETRONAS
  11. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
  12. British Council IELTS Scholarship
  13. The Titijaya Scholarship Fund
  14. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
  15. Biasiswa Yayasan TM
  16. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
  17. Limkokwing Scholarship Award
  18. Gamuda Scholarship Award
  19. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
  20. The Star Education Fund
  21. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
  22. Program Tajaan Khazanah Global
  23. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
  24. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  25. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
  26. Sin Chew Daily Education Fund
  27. ASEAN Scholarships for Malaysia
  28. Biasiswa Taiwan
  29. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund
  30. Biasiswa Amcham-Macee
  31. IJM Scholarship
  32. Genting Scholarship, GENM

Lain-Lain Senarai Biasiswa di Malaysia

1)PTPTN
www.ptptn.gov.my
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
www.yayasantar.org.my
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
www.feldaholdings.com
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
www.jpa.gov.my
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
www.sabah.gov.my/jpan
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
www.psc.sarawak.gov.my
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
www.biasiswa.sabah.gov.my
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
www.maiamp.gov.my
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
biasiswa.perak.gov.my @ www.perak.gov.my
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
www.maij.gov.my
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
epp.penang.gov.my
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
www.selangor.gov.my
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )
tapem.melaka.gov.my
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
www.frim.gov.my
15) Gamuda Berhad
www.gamuda.com.my
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
www.jkmwpkl.gov.my
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
www.kwsp.gov.my
18) Lembaga Zakat Selangor
www.e-zakat.com.my
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad
www.bankrakyat.com.my @ www.yayasanbankrakyat.com.my
20) Majlis Amanah Rakyat
www.mara.gov.my
21) Pusat Zakat Sabah
www.zakat.sabah.gov.my
22) Yayasan Negeri Sembilan
www.yns.gov.my
23) Skim Biasiswa National Science F
www.masduke.net/download/nsf.doc
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
www.mosti.gov.my
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
www.perkeso.gov.my
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
www.pnb.com.my
27) Sarawak Shell Berhad
www.shell.com.my
28) Sapura Industrial Berhad
www.sapuraindustrial.com.my
29) Terengganu Advanced Technical Institute
www.tatiuc.edu.my
31) Yayasan Felcra
esistem.felcra.com.my/yayasan/index.html
32) Yayasan Pahang
www.yp.org.my
33) Yayasan Sabah
www.ysnet.org.my
34) Yayasan Selangor
www.yayasanselangor.org.my
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
yayasan.tnb.com.my
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
www.yakin.kelantan.gov.my
37) Yayasan Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
www.johordt.gov.my/ypj
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf

KURSUS KEPENGADILAN BOLA BALING

SMK Arshad Kota Belud telah menjadi venue bagi Kursus Kepengadilan Bola Baling selama 1 hari pada 1 April 2013. Peserta kursus yang terdiri di kalangan guru telah didedahkan peraturan dan hukuman dalam permainan bola baling dari segi teori dan praktikal.

Kursus  yang dianjurkan oleh Pejabat pelajaran Daerah Kota Belud ini adalah bertujuan menambahkan lagi bilangan guru yang berkebolehan dalam mengadili permainan Bola Baling.

Peserta kursus ini terdiri dari guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Kota Belud.

Kursus Kepengadilan Bola Baling ini telah dikendali oleh PT daerah Bola Baling En. Taufik @ Ipal Baino Abdullah bersama penceramah jemputan yang tidak asing lagi dalam kepengadilan  Permainan Bola Baling.







KEPUTUSAN SPM 2012

Keputusan SPM 2012 yang telah diumumkan pada 21hb Mac 2013 telah mencatat 95.44%.  Dua orang calon telah memperolehi 10A, 2 orang memperolehi 9A, dua orang juga yang memperolehi 8A, seorang memperolehi 7A dan lima orang memperolehi 6A.

 PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 10A

PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 9A

 PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 8A

PELAJAR YANG MEMPEROLEHI 6A

Warga sekolah dan PIBG mengucapkan TAHNIAH kepada semua mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM 2012.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012

PENGAGIHAN BANTUAN RM1OO KEPADA PELAJAR

Sekolah telah mengagihkan Bantuan RM100.00 kepada pelajar-pelajar pada 23hb Januari 2013. Pengagihan wang tersebut telah berjalan dengan lancar. Kehadiran ibu bapa/penjaga juga mencapai kira-kira 98 peratus pada hari pengagihan bantuan tersebut.





MAJLIS PENUTUPAN MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2013

Pada 9hb Januari 2013, Majlis Minggu Haluan Pelajar telah pun ditutup dengan rasminya oleh Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud. Semasa majlis penutupan MHP ini pelajar tingkatan 4 telah diagihkan atau diserahkan kepada Guru Kelas masing mengikut kelas yang telah dipilih oleh pelajar setelah melalui beberapa siri taklimat mengenai mata pelajaran elektif dan juga kerjaya.

Sebanyak dua buah kelas aliran Sains dan lima aliran Sastera/Sains Sosial telah dibuka.






4 Sains Alfa



MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2013


Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah diadakan pada 3-9hb Januari 2013.  Minggu Haluan Pelajar tersebut adalah  program untuk menerangkan mata pelajaran elektif yang ditawarkan disekolah ini sebelum sesi pembelajaran.Selain dari penerangan mata pelajaran dan pakej penawaran mata pelajaran di sekolah ini, ceramah pemnilihan kerjaya, ceramah peraturan dan disiplin sekolah, asrama, warden, dan Kokurikulum juga telah disampaikan oleh guru-guru yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut.