MENU

AKTIVITI MEMASANG BENDERA KERETA SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG

Pengetua , Penolong Kanan, Ketua Bidang dan guru-guru telah melaksanakan aktiviti memasang bendera kereta pada kereta guru-guru. Pemasangan bendera kereta ini telah dilakukan oleh Ajmal Haji Jumah Pengetua pada keretanya sendiri sebagai acara perasmian dalam aktiviti tersebut. Sebelum itu Ahmad Shah Pengerusi Kelab Staf sekolah telah menyerahkan bendera kepada Pengetua sebagai gimik dalam aktiviti tersebut.

Ahmad Shah Madri Pengerusi Kelab Staf menyerahkan bendera kepada Ajmal Haji Jumah Pengetua sekolah

Pengetua sedang memasang bendera pada keretanya sendiri sambil disaksikan oleh Ahmad Shah dan Lim Yun Ling PK Kokurikulum




Mohd Iskandarzulkernain PK HEM sedang memasang bendera kereta pada salah sebuah kereta guru





PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2016

Pelancaran bulan kemerdekan dan kibar jalur gemilang telah dijalankan pada 15 Ogos 2016 yang lalu. Pelancaran ini didahului dengan ucapan dan penerangan oleh pengerusi penganjur Cik Aslamah Othman tentang pengisina aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Bulan kemerdekaan dan kibar jaur gemilang tersebut telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Ajmal Haji Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud.











PROGRAM PAMERAN PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN 2016

Program Pameran Pendidikan dan Kemahiran 2016 yang telah diadakan di sekolah  ini adalah anjuran bersama  Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud. Majlis Belia Malaysia yang telah diwakili oleh Encik Azuwan Marjan Exco Majlis Belia Malaysia yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah telah membawa program ini di sekolah ini.

Pameran ini telah dirasmikan oleh Rosmin Ijum Ketua Unit Pengurusan Sekolah mewakili Pengawai Pendidikan Daerah Kota Belud.

Sebanyak 20 buah universiti  dan IPTS yang datang membuat pameran dalam program tersebut.

En. Azuwan Marjan Exco Majlis Belia Malaysia juga Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah

En. Rosmin Ijum Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud


En. Ajmal Bin Hj Jumah Pengetua SMK Arshad menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Bergambar bersama murid

Perasmi , Pengetua dan Pengerusi Penganjur melawat gerai pameran

Pelajar yang bertuah mendapat hadiah daripada Tokoh Belia Kebangsaan




Salah sebuah agensi yang menyertai pameran

UMS turut menyertai pameran tersebut


PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 4

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Berkesan telah diadakan pada 15-17 Ogos 2016.Seramai 5 orang Penceramah di kalangan GBK Daerah Kota Belud telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Antara tajuk Kemahiran Belajar ialah, Kemahiran mendengar dan membaca, Kemahiran mencatat nota, Kemahiran Mengingat, Kemahiran Pengursan Masa, dan Motivasi.







SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-56

Pada 27 & 28 Julai 2016 sekolah telah melaksanakan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-56 di Kompleks Sukan Botung Kota Belud. Empat buah rumah sukan telah bertanding pada temasya Sukan tersebut iaitu Rumah Sukan Mat Salleh, Rumah Sukan Antanom, Rumah Sukan Syarif Osman dan Rumah Sukan Si Gunting.

Pada Temasya Sukan kali ini Rumah Sukan Syarif Osman telah menjadi juara di ikuti oleh Rumah Sukan Si Gunting di tempat kedua, dan Rumah Sukan Antanom di tempat ketiga.

Temasya Sukan Tahunan tersebut telah dirasmikan oleh Hasrinawati Datuk Golkhan Yang dipertua PIBG sekolah.