MENU

KURSUS BENGKEL MEMBUAT BLOG

Pada 7 September 2016 satu kursus Bengkel Membuat Blog untuk guru dan AKP sekolah telah di laksanakan di bawah anjuran Bidang Teknik dan Vokasional. Kursus ini adalah bertujuan untuk membangun blog sekolah dan juga blog mengikut unit masing-masing. Harapan sekolah dengan adanya bengkel membuat blog tersebut maka sekolah akan dapat membangun Blog sekolah dengan satu paparan muka depan utama yang akan dipautkan ke blog setiap unit yang ada di sekolah ini.

Bengkel Membuat Blog tersebut meliputi:

1. Pengenalan dan perbezaan Blog dan Laman Sesawang
2. Membina Blog dan pemilihan template blog
3. Cara Memasukkan berita, gambar dan video
4. Cara membuat pautan bahan untuk dimuat turun

Tahniah kepada semua peserta bengkel yang telah berjaya mengikut bengkel tersebut dan telah berjaya menghasilkan blog walaupun bengkel tersebut cuma 2 jam sahaja.




MAJLIS PERSARAAN DAYANG AMSAH

Dayang Amsah Binti Abu Bakar bersara wajib pada 15 Sept 2016. Beliau merupakan AKP di sekolah ini sejak tahun 1983 lagi. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Atenden Makmal  pada tahun 1981 di SMK Datuk Paduka Mat Salleh Ranau. Beliau kemudiannya berpindah di SM St James Tenghilan Tuaran dan seterusnya bertugas di SMK Arshad Kota Belud. Warga sekolah mengucapkan Selamat bersara, jasamu dikenang.





Dayang Amsah 








Bergambar bersama AKP


Dayang Amsah Binti Abu Bakar