• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy
, Masa Sekarang:
SEKOLAH TRANSFORMASI

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA

 


PUAN HAJJAH LATIFAH BINTI HAJI MUSTAKIM
PENGETUA CEMERLANG
SMK ARSHAD KOTA BELUD

Puan Hajjah Latifah Binti Haji Mustakim Pengetua Cemerlang SMK Arshad Kota Belud secara rasminya akan bersara pilihan pada 1 Januari 2015. Sempena Persaraan Puan Hajjah Latifah Haji Mustakim sekolah telah mengadakan majlis perpisahan dengan pengetua lebih awal sebanyak dua kali. Di mana majlis perpisahan yang pertama (30 Oktober 2014) telah diadakan di sekolah. Manakala majlis perpisahan yang kedua kali telah diadakan di Hotel Promenade Kota Kinabalu (16 Nov 2014),  dan tetamu kehormat yang hadir ketika itu ialah Hajjah Maimunah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abdul Bahkrin bin Haji Mohd Yusof Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pauze Abdul Majid Pengetua SMK Taun Gusi II Kota Belud, Matlan Dato Unjung Pengetua SMK Tambulion Kota Belud, dan Tuan Haji Said Andong Pengetua SMK Taman Ria Telipok Tuaran.

Puan Hajjah Latifah Haji Mustakim telah memegang jawatan sebagai pengetua di tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Belud iaitu SMK Pekan Kota Belud, SMK Pekan Kota Belud II dan SMK Arshad Kota Belud. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pengetua pada tahun 1998 dan akan berakhir pada 1.1 2015 sebagai persaraan pilihan.












MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA 4.5 5 SMKARSHAD PUAN HAJJAH LATIFAH BINTI HAJI MUSTAKIM PENGETUA CEMERLANG SMK ARSHAD KOTA BELUD Puan Hajjah Latifah Binti Haji Mustakim Pengetua Ce...


J-Theme