• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy
, Masa Sekarang:
SEKOLAH TRANSFORMASI

SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA BARU

 

ENCIK AJMAL BIN HAJI JUMAH PENGETUA SMK ARSHAD KOTA BELUD
Warga SMK Arshad Kota Belud mengalu-alukan kedatangan Encik Ajmal Bin Haji Jumah Pengetua baru yang menggantikan Hajjah Latifah Haji Mustakim mantan Pengetua Cemerlang sekolah ini. Encik Ajmal Bin Haji Jumah telah datang melapor diri di sekolah ini pada awal tahun ini merupakan pengetua yang telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah ini yang mana antara sekolah yang tertua di negeri Sabah.

Melalui ucaptamanya dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah buat pertama kalinya pada 26 Januari 2015 beliau telah menggariskan tiga perkara untama menjadi fokus dalam pentadbiran beliau iaitu Kurikulum (PDP), Kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri murid (Disiplin).

Beliau yang berasal dari daerah Tenom sebelum ini pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Tenom dan Kota Kinabalu, di Sektor Pembangunan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, juga pernah menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengetua SMK Sindumin Sipitang pada tahun lalu. Pada awal tahun ini beliau kini bertugas di sekolah ini sebagai PENGETUA. WARGA SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG , SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH INI.

SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA BARU 4.5 5 SMKARSHAD ENCIK AJMAL BIN HAJI JUMAH PENGETUA SMK ARSHAD KOTA BELUD Warga SMK Arshad Kota Belud mengalu-alukan kedatangan Encik Ajmal Bin Haji Jum...


J-Theme