
Pada 25 April 2013 Program Pameran Pendidikan 2013 telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Antara tujuan program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 kemahiran menghadiri TEMUDUGA dan penulisan RESUME melalui satu ceramah dari Jabatan Tenaga Kerja Daerah Kota Belud.
Selain daripada itu program ini juga memberi maklumat kepada pelajar bagi halatuju pendidikan selepas SPM dan STPM melalui pameran-pameran dari beberapa IPTS di Sabah yang datang menyertai program ini. Sebanyak tujuh IPTS dan satu Jabatan kerajaan telah menyertai program ini iaitu PTPL, MAHSA KOLEJ, MASTERSKILL, KTAR, KOLEJ UNIVERSITI COSMOPOINT, KCC, ASCOT ACADEMY DAN JABATAN TENAGA KERJA . Sebanyak lima buah sekolah menengah di daerah Kota Belud turut menyertai program ini iaitu SMK Usukan, SMK Agama Tun Said, SMK Pekan Kota Belud II dan SMK Tambulion dan SMK Arshad sebagai penganjur.
Pihak sekolah merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepda semua yang terlibat menjayakan program ini.