• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy
, Masa Sekarang:
SEKOLAH TRANSFORMASI

PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2014 PERINGKAT SEKOLAH

 

Keputusan Peperiksaan STPM 2014 telah diumukan pada 2hb Mac 2015 dan SPM 2014 telah diumumkan pada 3hb Mac 2015. Satu majils pengumuman keputusan dan penyampaian slip keputusan bagi SPM dan STPM 2014 telah diadakan secara berasingan. Pengumuman dan penyerahan slip bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah dilakukan oleh Encik Ajmal Haji Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud.

Amirah Binti Abdin Pelajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan STPM 2014 dengan PNGK 4.00

Amirah Binti Abdin dengan hadiah dan anugerah Pelajar Cemerlang yang diterimanya di peringkat kebangsaan ,bergambar bersama YDP PIBG dan Pengetua 
Bagi Peperiksaan STPM 2014 Amirah Binti Abdin telah menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat PNGK 4.00 dengan mendapat semua A dalam 4 mata pelajaran yang didudukinya. Beliau juga merupakan penerima anugerah Pelajar terbaik STPM 2014 bagi sekolah luar bandar di peringkat kebangsaan.  Erwan Abdul Rahman pelajar kedua terbaik dalam STPM 2014 di sekolah ini pula mencatat PNGK 3.92.
Erwan Abdul Rahman Mencatat PNGK 3.92 Pelajar Kedua Terbaik STPM 2014

Erwan Abdul Rahman Menunjukan Slip keputusannya

Pengetua, YDP PIBG dan guru-guru Tingkatan Enam bergambar bersama pelajr STPM 2014


Seramai 46 orang calon STPM 2014  dengan peratus Kelulusan bagi calon yang mendapat gred sekurang-kurangnya gred C 91.3 % dengan GPS 2.49 meningkat 0.06 berbanding GPS STPM 2013. Seramai 10 orang pelajar yang memperolehi PNGK 3.00 keatas.

Bagi peperiksaan SPM 2014 seramai 208 calon yang telah menduduki peperiksan tersebut  dengan peratus kelulusan 94.1 % dan GPS sekolah 5.60 meningkat 0.02 berbanding GPS SPM 2013. Pelajar terbaik SPM 2014 ialah Merystica Yamil dengan mendapat 10A di mana 7daripada A yang diperolehinya ialah A+ .

Merystica Yamil Pelajar Terbaik SPM 2014 dengan 10A

Grace Ak Ason 8A


Belinda, Jane Sisi Linsapu dan Ester mendapat 5A


Pengetua dan YDP PIBG bergambar bersama pelajar cmerlang SPM 2014


PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2014 PERINGKAT SEKOLAH 4.5 5 SMKARSHAD Keputusan Peperiksaan STPM 2014 telah diumukan pada 2hb Mac 2015 dan SPM 2014 telah diumumkan pada 3hb Mac 2015. Satu majils pengumuman kepu...


J-Theme