Pada 22 Julai 2016 Kelab KSS telah menganjurkan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Sambutan Hari Raya tersebut telah disertai oleh seluruh warga sekolah. Semua kelas menyediakan makanan masing-masing. Sambutan Hari Raya tersebut telah dirasmikan oleh En. Ajmal Haji Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud. YDP PIBG dan AJK PIBG juga turut hadir ke sambutan tersebut. Sebelum sambutan ini dirasmikan , Pengetua terlebih dahulu melawat tapak-tapak makanan semua kelas. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian oleh guru-guru dan murid-murid.
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH